Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), juga dikenali sebagai HASiL, merupakan agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab mengutip dan mentadbir cukai langsung negara. Ditubuhkan pada 1 Mac 1996 di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995, LHDNM berperanan dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran percukaian negara.
Antara fungsi utama LHDNM termasuk pentadbiran dan penguatkuasaan akta-akta seperti Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem 1949, dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan.
Berikut merupakan butiran ringkas jawatan, syarat kelayakan serta tanggungjawab tugas bagi setiap posisi yang ditawarkan:
1. PENOLONG EKSEKUTIF HASIL (PENTADBIRAN) FUNGSI KESELAMATAN HGS NE8
2. PEMBANTU HASIL (OPERASI DAN PERCUKAIAN) FUNGSI KESELAMATAN HGS NE4
3. PENGAWAL KESELAMATAN HGS NE1
4. INFO PEMBANTU AM FUNGSI (PEMANDU) HGS NE1
1. PENOLONG EKSEKUTIF HASIL (FUNGSI KESELAMATAN – PENTADBIRAN)
Kelayakan Minimum:
-
Diploma/STPM/Matrikulasi dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
-
Kepujian Bahasa Melayu (SPM)
-
Fizikal sihat dan memenuhi syarat ukuran badan (tinggi, berat, BMI)
Deskripsi Tugas:
-
Menyusun dan melaksanakan operasi kawalan di ibu pejabat, negeri dan cawangan
-
Mengurus urusan latihan keselamatan dan pengiringan
-
Bertanggungjawab dalam urusan persenjataan dan pergerakan wang
2. PEMBANTU HASIL (FUNGSI KESELAMATAN – PERCUKAIAN & OPERASI)
Kelayakan Minimum:
-
SPM dengan kepujian Bahasa Melayu
-
Atau Diploma dengan kelulusan SPM
-
Fizikal dan pancaindera sihat mengikut syarat
Deskripsi Tugas:
-
Memantau KPI operasi dan anggota Polis Bantuan
-
Memastikan kontrak perkhidmatan kawalan swasta dipatuhi
-
Menjadi pengawas kontrak di peringkat cawangan
3. PENGAWAL KESELAMATAN (LHDNM)
Kelayakan Minimum:
-
SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu
-
Ukuran fizikal dan kesihatan memenuhi syarat asas (tinggi, berat, BMI, penglihatan dsb.)
Deskripsi Tugas:
-
Mengawal keselamatan premis dan kakitangan LHDNM
-
Mengurus akses masuk/keluar serta rondaan premis
-
Melapor dan merekod insiden keselamatan
Kenapa Anda Patut Mohon?
✅ Peluang kerjaya tetap dalam sektor awam
✅ Gaji & faedah yang menarik
✅ Kenaikan pangkat & latihan berterusan
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi kerajaan atau laman sesawang LHDNM. Pastikan anda menyediakan Dokumen/file dan lain-lain yang diperlukan:
-
Salinan sijil akademik
-
Resume terkini
-
Gambar berukuran pasport
-
Surat permohonan
Tips Lulus Temuduga Fungsi Keselamatan
-
Pastikan kesihatan dan fizikal anda berada dalam keadaan terbaik
-
Kuasai pengetahuan asas mengenai keselamatan dan operasi kawalan
-
Bersikap tegas, berdisiplin dan teliti dalam komunikasi
📢 Dapatkan Info Jawatan Kosong Terkini Setiap Hari!
Join Channel Whatsapp diatas untuk kemaskini pantas dan tepat mengenai peluang kerjaya kerajaan dan swasta di Sabah serta seluruh Malaysia.