Kemeterian Kewangan: Kerajaan Malaysia akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 24 Mac 2025 (Isnin) dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, meningkat berbanding RM1.5 bilion pada tahun sebelumnya. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 9 juta penerima, melibatkan 60% rakyat dewasa Malaysia dengan kadar bantuan tertinggi sehingga RM650.
Kerajaan juga mengumumkan bahawa pendaftaran STR 2025 dibuka sepanjang tahun, bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk memohon bantuan ini. Jika nama anda tiada dalam pangkalan data STR, anda perlu membuat permohonan baharu supaya proses verifikasi boleh dilakukan.
Cara Semakan Status STR:
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan maklumat peribadi anda
- Semak status kelayakan dan jumlah bantuan yang akan diterima
Jumlah Bayaran STR Fasa 1 & 2 Mengikut Kategori
Jumlah bantuan yang diterima oleh setiap penerima bergantung kepada kategori kelayakan mereka sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
Kategori Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500)
Bil. Anak | Kelayakan Maks. (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) |
---|---|---|---|
0 | 1,000 | 500 | 150 |
1-2 | 1,500 | 500 | 300 |
3-4 | 2,000 | 500 | 500 |
≥5 | 2,500 | 500 | 650 |
Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 - RM5,000)
Bil. Anak | Kelayakan Maks. (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) |
---|---|---|---|
0 | 500 | 150 | 100 |
1-2 | 750 | 150 | 200 |
3-4 | 1,000 | 250 | 250 |
≥5 | 1,250 | 250 | 300 |
Kategori Bujang (Pendapatan ≤ RM2,500)
Kelayakan Maks. (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) |
---|---|---|
600 | 150 | 150 |
Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan ≤ RM5,000)
Kelayakan Maks. (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) |
---|---|---|
600 | 150 | 150 |

Bagaimana untuk Semak Kelayakan?
Untuk memastikan anda layak menerima STR Fasa 2, pastikan permohonan STR anda telah diluluskan dan berstatus "Lulus" dalam sistem. Semakan boleh dibuat melalui:
🔗 Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Jika permohonan tidak lulus, rayuan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mendapatkan semakan semula kelayakan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan STR 2025 Fasa 2 boleh diajukan melalui:
- Portal Rasmi: STR
- Hotline Bantuan Rahmah: 1-800-88-2747
- Pejabat LHDN terdekat
Elakkan Penipuan, Rujuk Sumber Rasmi
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap sebarang mesej atau pautan palsu yang mengaku sebagai portal rasmi STR. Pastikan segala urusan berkaitan bantuan hanya dilakukan melalui laman web kerajaan yang sah.
Soalan Lazim (FAQ) berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Tahun 2025:
1. Apakah itu STR 2025? STR 2025 adalah inisiatif kerajaan untuk memberikan bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban kos sara hidup.
2. Siapakah yang layak memohon STR 2025? Pemohon yang layak adalah:
- Isi Rumah: Pasangan berkahwin atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak menepati syarat.
- Warga Emas Tiada Pasangan: Individu berumur 60 tahun dan ke atas tanpa pasangan.
- Bujang: Individu bujang atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda tanpa anak berumur 19 hingga 59 tahun.
3. Bagaimana cara memohon STR 2025? Permohonan boleh dibuat melalui:
- Dalam Talian: Melalui portal rasmi STR
- Manual: Mengisi borang permohonan dan menghantarnya ke cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan.
4. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa permohonan? Dokumen yang diperlukan termasuk:
- Pemohon: Salinan kad pengenalan, sijil perkahwinan, sijil kematian pasangan (jika berkaitan), atau sijil perceraian.
- Anak: Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran.
5. Bilakah pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat? Tarikh pembayaran STR Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 24 Mac 2025 (Isnin) dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion
6. Bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 2? Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon yang berdaftar. Bagi pemohon tanpa akaun bank, pembayaran boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
7. Bagaimana jika pembayaran STR Fasa 1 saya gagal dikreditkan? Jika pembayaran Fasa 1 gagal dikreditkan, pemohon disarankan untuk mengemas kini maklumat akaun bank semasa tempoh permohonan Fasa 2 (1 Disember 2024 hingga 15 Februari 2025) bagi memastikan pembayaran Fasa 2 dapat dilakukan dengan lancar.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika permohonan STR tidak lulus? Pemohon yang tidak lulus boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu mulai 22 Januari 2025 hingga 30 September 2025.
9. Bagaimana cara untuk mengemas kini maklumat permohonan STR? Pemohon yang berstatus lulus boleh mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon melalui portal MySTR.
10. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai STR 2025? Maklumat lanjut boleh didapati di portal rasmi STR
Pembayaran STR Fasa 2 Tahun 2025 merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat bantuan kewangan yang diperlukan untuk menangani cabaran ekonomi semasa. Dengan penyaluran bantuan yang lebih efisien, diharapkan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia / STR / infokerjasabah.com
- STR Fasa 2 2025 Tarikh Bayaran
- Semakan Status STR 2025 Online
- STR 2025 Fasa 2 Check Status
- Bantuan Tunai Rahmah STR 2025
- STR Fasa 2 2025 Bayaran Masuk Akaun
- Jadual Pembayaran STR 2025
- Bantuan STR 2025 LHDN Semakan
- STR Fasa 2 RM600, RM1000, RM2500
- Cara Mohon STR 2025 & Syarat Kelayakan
- Bila STR 2025 Fasa 2 Dibayar?