BUDI MADANI
Kerajaan Malaysia memperkenalkan BUDI MADANI, sebuah program subsidi bersasar bagi memastikan bantuan diberikan kepada golongan yang benar-benar layak. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi serta membanteras penyeludupan bahan api diesel.
BUDI MADANI selari dengan prinsip Malaysia MADANI, yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat melalui pengagihan subsidi yang lebih efisien. Program ini merangkumi tiga kategori utama penerima:
- MySubsidi Diesel – Untuk syarikat atau pemilik kenderaan yang layak menerima subsidi diesel.
- BUDI Agri-Komoditi – Menyokong sektor pertanian dan komoditi agar harga produk tidak meningkat mendadak.
- BUDI Individu – Bantuan tunai khas kepada individu dari golongan B40 dan M40 yang memenuhi syarat kelayakan.
MySubsidi Diesel – Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) adalah inisiatif khas bagi memastikan kenderaan pengangkutan awam dan barangan tertentu terus menikmati subsidi diesel. Pengguna yang layak akan menerima subsidi ini melalui penggunaan fleet card, bagi memastikan perbelanjaan bahan api lebih terkawal dan berkesan.
BUDI Agri-Komoditi – Bantuan subsidi tunai diberikan kepada petani, penternak, dan pemilik ladang kecil yang berdaftar dengan kementerian berkaitan. Sokongan ini bertujuan membantu mereka menampung kenaikan kos bahan api diesel bagi operasi jentera pertanian, seterusnya memastikan kelangsungan sektor pertanian dan komoditi negara.
BUDI Individu – Inisiatif ini menyediakan bantuan subsidi tunai kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang memenuhi syarat kelayakan. Dengan bantuan ini, golongan yang bergantung kepada kenderaan diesel dapat mengurangkan impak kenaikan kos bahan api terhadap perbelanjaan harian mereka.
Syarat Kelayakan BUDI Individu
Untuk melayakkan diri bagi menerima BUDI Individu, pemohon mestilah:
Kerajaan akan menyemak kelayakan menggunakan data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan agensi berkaitan bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan ini.
Cara Pembayaran BUDI Individu
Bantuan sebanyak RM200 sebulan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan dalam sistem BUDI MADANI.
Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank, pembayaran boleh diambil secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
Jadual Bayaran BUDI MADANI 2025
Pembayaran bantuan akan dilakukan secara bulanan mengikut jadual yang telah ditetapkan:
Januari – Jun 2025
Tarikh Permohonan | Tarikh Bayaran |
---|---|
1-31 Januari | 7 Februari (Jumaat) |
1-28 Februari | 7 Mac (Jumaat) |
1-31 Mac | 11 April (Jumaat) |
1-30 April | 9 Mei (Jumaat) |
1-31 Mei | 6 Jun (Jumaat) |
1-30 Jun | 7 Julai (Isnin) |
Julai – Disember 2025
Tarikh Permohonan | Tarikh Bayaran |
---|---|
1-31 Julai | 8 Ogos (Jumaat) |
1-31 Ogos | 8 September (Isnin) |
1-30 September | 8 Oktober (Rabu) |
1-31 Oktober | 7 November (Jumaat) |
1-30 November | 5 Disember (Jumaat) |
1-31 Disember | 9 Januari 2026 (Jumaat) |
Untuk maklumat lanjut, layari budimadani.gov.my.
Tips Permohonan BUDI MADANI Agar Cepat Lulus
Bagi memastikan permohonan tidak ditolak atau mengalami kelewatan, ikuti langkah berikut:
1. Pastikan Maklumat Peribadi Dikemaskini
2. Gunakan Akaun Bank Yang Aktif
3. Pastikan Kenderaan Diesel Masih Sah
4. Buat Permohonan Awal
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai BUDI MADANI
1. Apakah itu BUDI MADANI?
BUDI MADANI adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak, mengurangkan ketirisan dan penyalahgunaan subsidi diesel.
2. Bagaimana cara memohon BUDI MADANI?
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi budimadani.gov.my.
3. Apakah dokumen yang diperlukan?
4. Bagaimana cara menyemak status permohonan?
Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian di budimadani.gov.my.
BUDI MADANI merupakan satu langkah proaktif kerajaan dalam menyediakan subsidi secara lebih adil dan bersasar. Dengan pendekatan ini, bantuan tunai dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya, tanpa sebarang ketirisan.
Jika anda layak, pastikan anda segera membuat permohonan dan menyemak status permohonan anda. Layari Potral Rasmi Budimadani untuk maklumat lanjut dan panduan pendaftaran!
Sumber: budimadani.gov.my / Bantuan Negara