info kerajaan Kerja kerajaan

Jawatan Kosong Angkatan Tentera Malaysia (ATM): Pegawai Kadet & Pegawai STI KKD 2025

Admin
February 03, 2025
0 Comments
Home
info
kerajaan
Kerja kerajaan
Jawatan Kosong Angkatan Tentera Malaysia (ATM): Pegawai Kadet & Pegawai STI KKD 2025

Peluang Kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini membuka peluang kepada semua warganegara Malaysia untuk menyertai pasukan pertahanan negara sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) dan Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI) Kor Kesihatan Diraja (KKD). Ini adalah peluang terbaik bagi individu berkelayakan untuk berkhidmat dan menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan negara.

JAWATAN YANG TERSEDIA

1. PEGAWAI TENTERA

2. SKUADDRON ISTIADAT BERKUDA

3. PENGARAH MUZIK

4. UNIT PERTAHANAN NUKLEAR, BIOLOGI DAN KIMIA TENTERA DARAT

5. KOMANDER KERETA PERISAI

6. PEGAWAI KEJURUTERAAN

7. PEMIMPIN TRUP ARMOR

8. ROYAL ARTILLERY REGIMENT

9. FORCE PERSONNEL

10. SUBMARINER 

11. JUDICIAL SYSTEM

12. KETUA PLATUN

13. PEGAWAI NAVIGASI 

14. ROYAL ELECTRICAL AND MECHANICAL ENGINEER CORPS

15. JURU TERBANG

1. Iklan Kekosongan:  Angkatan Tentera Malaysia

2. Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my/Landing_JMT.php


Syarat-Syarat Kelayakan

Syarat Am:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  3. Kriteria fizikal:
    • Lelaki: Ketinggian minimum 162 cm.
    • Wanita: Ketinggian minimum 157 cm.
    • BMI antara 18.0 hingga 26.9.
  4. Had umur pada 1 September 2025:
    • Pegawai Kadet Graduan: Maksimum 27 tahun.
    • Pegawai STI KKD: Maksimum 30 tahun.

Syarat Akademik:

  1. Lulus sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran berikut semasa SPM:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
  2. Memiliki ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.70.
  3. Pegawai STI KKD perlu berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia atau Lembaga Farmasi Malaysia.
  4. Pegawai STI KKD mesti telah menamatkan latihan Houseman, NDOP atau PRP.

Senarai Ijazah Sarjana Muda yang Layak untuk Permohonan

Pegawai Kadet Graduan ATM

  • Kejuruteraan Radio & Sistem Radar
  • Sains Komputer
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Grafik dan Multimedia
  • Sains Bioteknologi, Biokimia & Teknologi Makanan
  • Sains (Biologi)
  • Pembangunan/Pengurusan Sumber Manusia
  • Komunikasi Massa/Pengajian Media
  • Perhubungan Awam
  • Pentadbiran (Pengangkutan dan Logistik)
  • Sains Sosial/Politik
  • Pentadbiran Perniagaan/Forensik Perakaunan/Business Law
  • Perakaunan
  • Pengurusan Hospitaliti
  • Seni Kulinari
  • Perhotelan & Pelancongan
  • Psikologi & Kaunseling
  • Undang-undang

Pegawai STI KKD

  • Doktor Perubatan
  • Doktor Pergigian
  • Farmasi

Cara Permohonan

Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi Angkatan Tentera Malaysia di: https://jmt.mod.gov.my/index.php

🗓 Tarikh Tutup Permohonan: 28 Februari 2025

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan negara!

Sumber: Cawangan Tenaga Kerja TKC / Angkatan Tentera Malaysia


Tag

Permohonan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah ATM
Jawatan Kosong Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas KKD
Syarat Kelayakan Pegawai Kadet ATM
Pengambilan Pegawai Kadet ATM 2025
Cara Memohon Pegawai STI KKD ATM
Latihan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah ATM
Tarikh Tutup Permohonan Pegawai Kadet ATM
Gaji dan Faedah Pegawai Kadet ATM
Temuduga Pegawai Kadet Lepasan Ijazah ATM
Senarai Ijazah Diterima untuk Pegawai Kadet ATM

Blog authors

No comments