Program Jualan RAHMAH MADANI 2025 (PJRM)
Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang bertujuan menawarkan harga barangan keperluan harian dengan potongan antara 10% hingga 30% lebih rendah daripada harga pasaran biasa.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Payung RAHMAH, PJRM berlangsung sepanjang tahun 2025 melalui kerjasama pasaraya besar dan premis terpilih. Program ini memberi keutamaan kepada lokasi yang menempatkan golongan berpendapatan rendah (B40) dan dilaksanakan di semua 222 kawasan Parlimen di Seluruh Malaysia.
Program ini telah dilancarkan pada 11 Januari 2023 dan melibatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, gula, minyak masak, tepung, beras, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan kebersihan rumah, lampin pakai buang, keperluan sekolah, ubat-ubatan, serta makanan dan barangan bukan makanan lain.
Tujuan Program Jualan Rahmah Madani
- Menyediakan barangan keperluan pada harga mampu milik kepada masyarakat setempat.
- Merancakkan ekonomi sektor peruncitan dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
- Memulihkan ekonomi masyarakat pasca pandemik dengan meringankan beban perbelanjaan harian.
Pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) merangkumi:
- 222 kawasan Parlimen (termasuk 640 Dewan Undangan Negeri – DUN [600 DUN dan 40 zon di Wilayah Persekutuan]) dengan jualan di premis perniagaan terpilih Seluruh Malaysia.
- Kawasan penempatan atau tumpuan B40 dengan pelaksanaan jualan bergerak dan fizikal.
- Model jualan bergerak (Kenderaan) menggunakan lori atau van untuk memastikan jualan sampai ke kawasan pedalaman.
Cara Pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM)
-
Jualan Di Dalam Premis
- Dilaksanakan di premis atau pasaraya yang telah dipilih.
- Menggunakan jenama dan logo Jualan RAHMAH MADANI.
- Premis bertanggungjawab terhadap pelaksanaan jualan.
- Kadar diskaun tertakluk kepada perbincangan dengan pihak kerajaan.
-
Jualan Di Kawasan Terbuka / Luar Premis
- Bukan keutamaan, tetapi boleh dilaksanakan mengikut keperluan.
- Meminimumkan kos logistik dan pengangkutan.
-
Jualan Bergerak (Kenderaan)
- Menggunakan lori atau trak untuk menjual barangan ke kawasan yang tidak mempunyai premis peruncitan yang sesuai.
- Menyediakan akses kepada barangan murah untuk komuniti di kawasan luar bandar.
CARA MEMBUAT SEMAKAN
Cara Membuat Semakan Tarikh dan Lokasi Jualan RAHMAH Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh, masa, dan lokasi Jualan RAHMAH MADANI di negeri anda, sila layari laman web rasmi KPDN di pautan berikut:
Laman web ini menyediakan jadual jualan terkini bagi setiap negeri untuk memudahkan orang ramai merancang pembelian mereka.
Hubungi Sekretariat Jualan RAHMAH Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai PJRM, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
📞 Telefon: 03-8882 6323 / 6971 / 5790 / 6185 / 6487 / 5769
📧 Emel: jualanrahmah@kpdn.gov.my
Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) adalah satu langkah proaktif kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah. Dengan pelaksanaan menyeluruh di seluruh negara, program ini bukan sahaja meringankan beban kewangan masyarakat tetapi juga merangsang ekonomi tempatan. Diharapkan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
Lokasi Jualan RAHMAH MADANI 2025
Jadual Jualan RAHMAH MADANI 2025
Diskaun Jualan RAHMAH MADANI 2025
Senarai Barang Jualan RAHMAH MADANI 2025
KPDN Jualan RAHMAH MADANI 2025
Promosi Jualan RAHMAH MADANI 2025
Jualan RAHMAH MADANI di pasar raya 2025
Program Jualan RAHMAH MADANI setiap negeri 2025
Cara menyertai Jualan RAHMAH MADANI 2025
Sumber: KPDN MALAYSIA