Kerajaan telah mengumumkan bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 secara one-off yang akan disalurkan kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mulai 9 Disember 2024 (Isnin).
Bantuan SARA 2024 One-Off adalah bantuan yang akan diberikan dalam bentuk tunai. Berbeza daripada bantuan SARA 2024 biasa sebelum ini, dimana bayaran dilakukan di dalam MyKad penerima dan hanya untuk miskin tegar yang di dalam data E-Kasih.
Bantuan SARA 2024 ini juga khas kepada semua penerima STR 2024 dimana yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar yang akan disalurkan bayaran mengikut kaedah pembayaran STR.
Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA hanya boleh didapati di Portal Rasmi STR melalui pautan (Akan dikemaskini dari semasa ke semasa) https://bantuantunai.hasil.gov.my
Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my
Info Bantuan SARA
Untuk makluman, sebanyak 8 juta rakyat Malaysia telah pun menerima Bantuan SARA 2024 dengan jumlah seperti berikut :
Penerima Isi Rumah :
➡️Isi Rumah Berpasangan : RM300
➡️Isi Rumah Tunggal : RM300
➡️Penerima Bujang :
Bujang 21 hingga 59 tahun RM150
➡️Bujang 60 tahun dan ke atas (warga emas) : RM150
Kaedah pembayaran SARA secara one-off adalah seperti berikut :
Penerima yang ada akaun bank yang aktif akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang akaun bank, kaedah pembayaran adalah dengan menuntut secara tunai di mana-mana kaunter di setiap cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 FASA 1-4
Untuk pengetahuan semua, bayaran pertama STR 2024 akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut:
1. Fasa 1: 29 Januari 2024 (Isnin)
2. Fasa 2: April 2024
3. Fasa 3: 29 Ogos 2024 - 18 September 2024
4. Fasa 4: 07 November 2024
5.🔥 SARA One Off : 9 - 13 Disember 2024.
Bayaran ini dijangka akan disalurkan Secara berperingkat. Teruskan untuk mendapatkan sumbangan ini dan rancangkan kewangan dengan baik.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Kelayakan & Tarikh Bantuan
Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA):
- Kategori Layak: SARA memberikan tambahan STR sebanyak RM150 - RM1,200 kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin & Miskin tegar. Kelayakan tambahan ini terhad kepada mereka yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih dan pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169.
- Semakan Kelayakan: Anda boleh menyemak kelayakan untuk menerima bantuan ini melalui pautan MYkasih
- Tarikh Bantuan Disalurkan: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023, dengan jumlah RM100 setiap bulan. Dan Kemaskini Terbaru Tahun 2024 seperti berikut;
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my / MYkasih, anda dapat menemukan maklumat yang lebih terperinci mengenai bantuan ini, termasuk butiran mengenai pasaraya terpilih dan lain-lain yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.