Sila Semak Status pembayaran anda di potral rasmi STR dan akaun bank(Online) anda masing-masing sebelum pergi ke cawangan bank bagi mengelakkan kesesakan dan membuang masa anda, Perkara yang boleh di semak ialah Status Pembayaran STR Fasa 4 (2024), Jumlah Bayaran yang akan di terima dan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sila Rujuk di bawah untuk info ini.
Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
Portal Rasmi SARa melalui pautan https://mykasih.com.my/
Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 seperti yang dijadualkan mulai 07 November 2024 (Khamis) kepada lebih 8.7 juta penerima sedia ada, manakala bagi penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 07 November 2024 (Khamis) Begitu juga Tuntutan Tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Mereka akan menerima bantuan tunai RM100 sehingga RM1000 mengikut kategori kelayakan masing-masing
Berikut Merupakan Kategori STR Fasa 4 Tahun 2024;
1.) Kategori Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (Tiada Had Umur)
• Tanpa Anak: Bantuan RM200
• 1-2 Anak: Bantuan RM350
• 3-4 Anak: Bantuan RM500
• 5 Anak atau Lebih: Bantuan RM700
2.) Kategori Pendapatan Isi Rumah RM2500 - RM5000 (Tiada Had Umur)
• Tanpa Anak: Bantuan RM150
• 1-2 Anak: Bantuan RM200
• 3-4 Anak: Bantuan RM250
• 5 Anak atau Lebih: Bantuan RM350
3.) Bujang / Warga Emas Tanpa Pasangan
• Pendapatan Bujang Bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun): Bantuan RM100
• Pendapatan Warga Emas Tanpa Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas): Bantuan RM150
Pembayaran Fasa 4 (2024) ini membabitkan peruntukan lebih 1.7 Bilion dan 8.7 juta penerima sedia ada, manakala bagi penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 07 November 2024 (Rabu) berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:
SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN STR FASA 4 2024.pdf
BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 FASA 1-4
Untuk pengetahuan semua, bayaran pertama STR 2024 akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut:
1. Fasa 1: 29 Januari 2024 (Isnin)
2. Fasa 2: April 2024
3. Fasa 3: 29 Ogos 2024 - 18 September 2024
4. Fasa 4: 07 November 2024
Bayaran ini dijangka akan disalurkan Secara berperingkat. Teruskan untuk mendapatkan sumbangan ini dan rancangkan kewangan dengan baik.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Kelayakan & Tarikh Bantuan
Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA):
- Kategori Layak: SARA memberikan tambahan STR sebanyak RM150 - RM1,200 kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin & Miskin tegar. Kelayakan tambahan ini terhad kepada mereka yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih dan pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169.
- Semakan Kelayakan: Anda boleh menyemak kelayakan untuk menerima bantuan ini melalui pautan MYkasih
- Tarikh Bantuan Disalurkan: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023, dengan jumlah RM100 setiap bulan. Dan Kemaskini Terbaru Tahun 2024 seperti berikut;
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my / MYkasih, anda dapat menemukan maklumat yang lebih terperinci mengenai bantuan ini, termasuk butiran mengenai pasaraya terpilih dan lain-lain yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.