Bantuan info sabah

Bantuan Khas RM300 Sebulan untuk Golongan Miskin di Sabah - Menteri Kewangan Sabah

Admin
November 25, 2024
0 Comments
Home
Bantuan
info
sabah
Bantuan Khas RM300 Sebulan untuk Golongan Miskin di Sabah - Menteri Kewangan Sabah

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan inisiatif baharu bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri itu melalui pemberian bantuan khas RM300 sebulan selama setahun. Langkah ini diumumkan sebagai sebahagian daripada Belanjawan Sabah 2025, dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta.

Menurut Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, bantuan ini bertujuan mengurangkan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, khususnya bagi mereka yang bekerja sendiri seperti petani, nelayan, penjaja, serta individu tanpa pendapatan tetap. Pelaksanaan inisiatif ini dilakukan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Selain meringankan beban kewangan, program ini diharapkan dapat memberikan ruang kepada penerima untuk menyesuaikan diri dan mencari peluang meningkatkan pendapatan.


Foto: Menteri Kewangan Sabah


Fokus pada Pembasmian Kemiskinan - Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ)

Sebagai usaha berterusan, kerajaan Sabah turut memperuntukkan RM488.5 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan pada tahun hadapan. Antara langkah utama ialah pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan peruntukan sebanyak RM250 juta. Setakat Oktober 2024, sebanyak 4,482 unit Rumah Mesra SMJ telah dibina di seluruh negeri.

Info Penuh Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ)


Bantuan one-off Sebanyak RM5,000

Selain itu, bantuan one-off sebanyak RM5,000 akan disediakan kepada peniaga gerai kecil yang mempunyai lesen perniagaan sah. Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM214 juta untuk projek pembangunan kecil serta penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh Sabah.

Langkah-langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan Sabah dalam memastikan golongan miskin tidak tercicir daripada arus pembangunan, sekali gus meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat.


Jangan Lupa join Group Whatsapp untuk Permohonan/ info² Bantuan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Sumber: e-Kasih / Harian Metro / Menteri Kewangan Sabah 


Keyword/tag

Bantuan one-off Rm5,000 Sabah

Bantuan Rumah Smj Sabah

bantuan khas RM300 Sabah

Program Sentuhan Rakyat Kasih 

Belanjawan 2025 Sabah

Blog authors

No comments