Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan cabang angkatan tentera laut dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ditubuhkan untuk melindungi perairan negara, TLDM bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan maritim Malaysia.
Selain itu, TLDM juga berperanan dalam operasi kemanusiaan dan bantuan bencana, serta menyokong misi keamanan antarabangsa. Organisasi ini dilengkapi dengan pelbagai kapal perang moden dan kelengkapan canggih untuk mempertahankan kedaulatan negara di laut.
PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 229/25 KINI DIBUKA
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini membuka permohonan secara atas talian kepada lepasan SPM/SVM (Lelaki&Wanita) dan lepasan Diploma kejuruteraan (Lelaki) Permohonan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 228/24 Pendaftaran bermula 29 OKT Hingga 22 NOV 2024. Berikut adalah maklumat penting berkaitan jawatan kosong ini:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
🔹 Warganegara Malaysia: Hanya pemohon yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia sahaja yang layak memohon.
🔹 Lelaki & Wanita: Jawatan ini terbuka kepada calon lelaki dan wanita.
🔹 Umur: Calon-calon perlu berumur antara 18 hingga tidak melebihi 25 tahun
🔹 Lepasan SPM/SVM (Lelaki&Wanita): Calon-calon perlu memiliki kelayakan SPM/SVM yang diiktiraf.
🔹 Lepasan Diploma Kejuruteraan dan sebagainya: Politeknik/Universiti Awam/Swasta (Lelaki Sahaja)
KELAYAKAN AKADEMIK LEPASAN SPM/SVM:
🔹 Calon-calon perlu mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus dalam subjek Sejarah SPM.
🔹 Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.
🔹 Bagi pemohon yang mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM), kepujian dalam subjek Melayu adalah dikehendaki.
KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN DIPLOMA:
🔹 Calon-calon perlu mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu (SPM).
🔹 Calon-calon perlu mengemukakan sijil diploma, Transkrip dan Sijil Perakuan Akreditasi yang sah.
🔹 Diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dalam bidang kejuruteraan tertentu adalah diterima.
#Diploma in Engineering
#Diploma in Electrical Engineering
#Diploma in Electronics Engineering
#Diploma in Electrical and Electronics Engineering
#Diploma in Marine Engineering
#Diploma in Software Engineering
#Diploma in Microelectronic Engineering
#Diploma in information Engineering
#Diploma in Telecommunication Engineering
#Diploma in Mechanical Engineering
#Diploma in Mechatronic Engineering
#Diploma in Manufacturing Engineering
#Diploma Engineering in Aircraft Maintenance
#Advanced Diploma in Engineering
TARAF KESIHATAN:
🔸 Calon-calon perlu memiliki kesihatan tubuh badan yang baik.
🔸 Penglihatan dan pendengaran calon-calon perlu baik tanpa menggunakan sebarang alat bantuan.
🔸 Penglihatan calon-calon perlu jelas tanpa menggunakan cermin maya atau kanta lekap, dan tidak mengalami rabun warna.
MINIMUM UKURAN FIZIKAL LELAKI:
🔸 Tinggi: Minimum 1.62 meter.
🔹 Berat: Minimum 47.5 kilogram.
🔸 BMI (Indeks Jisim Badan): 18.0 - 25.0
🔹 Ukuran dada pernafasan: 5 cm.
MINIMUM UKURAN FIZIKAL LELAKI:
🔸 Tinggi: Minimum 1.60 meter.
🔹 Berat: Minimum 46.5 kilogram.
🔸 BMI (Indeks Jisim Badan): 18.0 - 23.0
🔹 Ukuran dada pernafasan: 4 cm.
TARAF KOKURIKULUM:
🔸 Memiliki sijil-sijil seperti berikut;
-sijil kokurikulum,kecermelangan dalam bidang sukan
🔹Berkebolehan berenang akan diberikan keutamaan dan
🔸Di berikan kepada atlit yang aktif mewakili Negeri atau Negara dalan sukan tertentu yang diiktiraf.
GAJI/IMBUHAN:
🔹Latihan Perajurit Muda (6 Bulan) - RM1,7774.00
🔸SPM/SVM - RM1,897.00
🔹SKM TAHAP 2 & 3 RM1,945.01 & RM2,011.02
🔸Diploma Kejuruteraan( Tugas khusus) - RM2,341.07
🔹Elaun Khidmat RM115 / RM200
🔸Kenaikan Gaji tahunan
🔹Elaun dan Insetif Lain-lain
-Elaun perjalanan
-Elaun pasukan khas
-Elaun krew kapal selam
🔸Perubatan dan pergigian
-Pakaian seragam
-Waren perjalanan
-Perumahan
-Certified Technician
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN SECARA WALK-IN:
PANDUAN PENGISIAN BORANG PERMOHONAN
1. PASTIKAN SEMUA SOALAN DALAM BORANG INI DIISI.
2. GUNAKAN HURUF BESAR UNTUK MENGISI BORANG, KECUALI BAHAGIAN EMEL.
3. SEDIAKAN DOKUMEN BERIKUT UNTUK PENDAFTARAN:
A. KAD PENGENALAN PEMOHON.
B. SIJIL KELAHIRAN PEMOHON.
C. SIJIL AKADEMIK PEMOHON.
D. KAD PENGENALAN BAPA (ISIKAN MAKLUMAT BAPA MENGIKUT KAD PENGENALAN).
E. SIJIL KELAHIRAN BAPA.
F. KAD PENGENALAN IBU (ISIKAN MAKLUMAT IBU MENGIKUT KAD PENGENALAN).
G. SIJIL KELAHIRAN IBU.
H. SIJIL KEMATIAN BAPA (JIKA BERKAITAN).
I. SIJIL KEMATIAN IBU (JIKA BERKAITAN).
J. SIJIL CERAI IBUBAPA (JIKA BERKAITAN).
4. PASTIKAN MAKLUMAT YANG DIISI ADALAH TEPAT DAN SAHIH.
5. PILIH LOKASI PEMILIHAN BERDASARKAN NEGERI DENGAN TEPAT.
6. PENIPUAN MAKLUMAT TIDAK AKAN DITOLERANSI.
7. PERMOHONAN AKAN DISEMAK OLEH PIHAK TLDM.
8. STATUS PERMOHONAN AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI EMEL.
9. KEPUTUSAN PIHAK TLDM ADALAH MUKTAMAD.
Foto TLDM
Ini merupakan peluang yang menarik untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai Perajurit Muda. Pastikan anda memenuhi semua syarat dan kelayakan yang ditetapkan sebelum membuat permohonan. Sertailah pasukan TLDM yang dinamik dan profesional.
Sumber Sahih: TLDM