Sila Semak Status pembayaran anda di potral rasmi STR dan akaun bank(Online) anda masing-masing sebelum pergi ke cawangan bank bagi mengelakkan kesesakan dan membuang masa anda, Perkara yang boleh di semak ialah Status Pembayaran STR Fasa 3 (2024), Jumlah Bayaran yang akan di terima dan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sila Rujuk di bawah untuk info ini.
Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
Portal Rasmi SARa melalui pautan https://mykasih.com.my/
Berikut Merupakan Kategori STR Fasa 3 Tahun 2024;
1.) Kategori Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (Tiada Had Umur)
• Tanpa Anak: Bantuan RM150
• 1-2 Anak: Bantuan RM300 - RM350
• 3-4 Anak: Bantuan RM500 - RM550
• 5 Anak atau Lebih: Bantuan RM650
2.) Kategori Pendapatan Isi Rumah RM2500 - RM5000 (Tiada Had Umur)
• Tanpa Anak: Bantuan RM150
• 1-2 Anak: Bantuan RM200
• 3-4 Anak: Bantuan RM250
• 5 Anak atau Lebih: Bantuan RM300
3.) Bujang / Warga Emas Tanpa Pasangan
• Pendapatan Bujang Bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun): Bantuan RM50
• Pendapatan Warga Emas Tanpa Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas): Bantuan RM150
Pembayaran Fasa 3 (2024) ini membabitkan peruntukan lebih 8 juta penerima sedia ada, manakala bagi penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 (Rabu) berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:
SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN STR 2024.pdf
BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 FASA 1-4
Untuk pengetahuan semua, bayaran pertama STR 2024 akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut:
1. Fasa 1: 29 Januari 2024 (Isnin)
2. Fasa 2: April 2024
3. Fasa 3: 29 Ogos 2024 - 18 September 2024
4. Fasa 4: November 2024
Bayaran ini dijangka akan disalurkan Secara berperingkat. Teruskan untuk mendapatkan sumbangan ini dan rancangkan kewangan dengan baik.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Kelayakan & Tarikh Bantuan
Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA):
- Kategori Layak: SARA memberikan tambahan STR sebanyak RM150 - RM1,200 kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin & Miskin tegar. Kelayakan tambahan ini terhad kepada mereka yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih dan pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169.
- Semakan Kelayakan: Anda boleh menyemak kelayakan untuk menerima bantuan ini melalui pautan MYkasih
- Tarikh Bantuan Disalurkan: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023, dengan jumlah RM100 setiap bulan. Dan Kemaskini Terbaru Tahun 2024 seperti berikut;
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my / MYkasih, anda dapat menemukan maklumat yang lebih terperinci mengenai bantuan ini, termasuk butiran mengenai pasaraya terpilih dan lain-lain yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.