kerajaan Kerja kerajaan kerja kosong malaysia

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Pegawai Pemulihan Perubatan

Admin
May 21, 2024
0 Comments
Home
kerajaan
Kerja kerajaan
kerja kosong malaysia
Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Pegawai Pemulihan Perubatan


KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Dan lain-lain Memberi kemudahan secara atas talian untuk Rakyat Malaysia yang ingin mencari kerja.[ Jawatan & Info-info Bermanfaat ]


Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.


MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

Membuka jawatan kosong dan memerlukan Rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan Lelaki & Wanita, untuk Memohon jawatan yang Tersedia di bawah.

1. Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pendengaran) 
2. Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)

JAWATAN KOSONG YANG TERSEDIA

Jawatan di bawah ini Mempunyai beberapa kekosongan oleh itu pemohon di galakan memohon jawatan yang tersedia mengikut kelayakan yang di tetapakan.

TARIKH TUTUP: 29 Mei 2024

LOKASI: Bersedia Ditempatkan dimana-mana yang mempunyai kekosongan Seluruh Malaysia

LINK PERMOHONAN - https://spa9.spa.gov.my/login

IKLAN KEKOSONGAN PDF - Rujuk info dibawah


1. Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pendengaran) 
-Kekosongan : Tujuh Belas (17) Jawatan, Tiga Puluh Empat (34) Simpanan
-Kelayakan : Ijazah sarjana muda (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi)
-Jawatan : Kontrak
-Gaji : RM2,429.00 - RM9,656.00
-Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, & Pelbagai Dalam khidmat Kerajaan
-Lokasi : *Bersedia Ditempatkan dimana-mana yang mempunyai kekosongan Seluruh Malaysia


2. Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)
-Kekosongan : Tujuh Belas (17) Jawatan, Tiga Puluh Empat (34) Simpanan
-Kelayakan : Ijazah sarjana muda (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi)
-Jawatan : Kontrak
-Gaji : RM2,429.00 - RM9,656.00
-Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, & Pelbagai Dalam khidmat Kerajaan
-Lokasi : *Bersedia Ditempatkan dimana-mana yang mempunyai kekosongan Seluruh Malaysia


Tugas Ringkas: 

Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) 
Menjalankan ujian diagnostik audiologi untuk menilai tahap pendengaran pesakit, serta memberikan nasihat, kaunseling, terapi, dan menyelenggara program rehabilitasi.

Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)
Menjalankan pemulihan dan rehabilitasi untuk masalah komunikasi, kelancaran bertutur, dan suara, serta memberikan khidmat kaunseling.

Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi)
-Memberikan perkhidmatan fisioterapi kepada pesakit dalam dan luar wad berdasarkan piawaian amalan fisioterapi. 
-Tugas merangkumi penilaian, perancangan program rawatan, evaluasi dan modifikasi rawatan, serta dokumentasi terperinci perawatan fisioterapi. 
-Menyediakan statistik perawatan, menyertai rondaan wad, mesyuarat klinikal, program pendidikan, promosi kesihatan, dan penyelidikan. 
-Menyelia pelatih fisioterapi dan melaksanakan kerja yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.

Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)
-Menjalankan penilaian kondisi/kecederaan dan ketidakupayaan pesakit, merancang aktiviti rawatan, menggalakkan kemandirian pesakit dalam aktiviti harian, dan memastikan fungsi optima pesakit melalui lawatan rumah/tempat kerja/sekolah. 
-Memberikan pendidikan kepada pesakit dan keluarga untuk mencegah komplikasi, serta sokongan psikologi. 
-Mengurus kembalian pesakit ke pekerjaan dan rumah, latihan skil sosial, aktiviti senggang, serta merekabentuk alat ortotik/splint dan pakaian tekanan. 
-Menyediakan laporan kemajuan pesakit dan mengendalikan pusat harian serta kumpulan sokongan.
-Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

-Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan di alamat  https://spa9.spa.gov.my/login

-Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk Peperiksaan/Temuduga.

-Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

-Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

- Pemohon yang telah mendaftar digalakkan untuk mengemaskini jawatan yang mempunyai kekosongan sahaja dan sahkan hantar dalam Potral Rasmi SPA9.

- Pemohon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.


Semoga Berjaya!!  


Sumber: Spa9 / infokerjasabah.com

Blog authors

No comments