Tentera Darat Malaysia (TDM) |
Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh Majikan/Jabatan. sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG
TEMUDUGA TERBUKA PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 199 TAHUN 2023 SECARA WALK-IN.
Foto Tentera Darat Malaysia |
SYARAT ASAS PERMOHONAN
-Warganegara Malaysia. Maklumat anda akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
SYARAT FIZIKAL
1.Tinggi:
- Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
2. Berat:
- 1.Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
2. Indeks Jisim Badan (BMI) :
- 1.Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.0
KELAYAKAN AKADEMIK
1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
2. SPVM - Sijil Vokasional Malaysia (SPVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
5. DIPLOMA PERUBATAN - Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan: RM1,894.05)
Peringatan - Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik.
Elaun Dan Kemudahan
1. Elaun Sarah Hidup
2. Elaun Khidmat
3. Bayaran insentif khas
4. Elaun Kepakaran
5. Elaun imbuhan perumahan
6. Elaun Perjalanan
Kemudahan
1. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
2. Rawatan perubatan
3. Lembaga tabung angkatan tentera
4. insuran kelompok Angkatan Tentera
5. Kemudahan Kediaman
TEMUDUGA/WALK-IN
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PROSES TEMUDUGA
⇨ Kad Pengenalan - asal dan salinan.
⇨ Sijil Kelahiran - asal dan salinan.
⇨ Sijil SPM/SPVM - asal dan salinan.
⇨ Sijil Berhenti Sekolah - asal dan salinan.
⇨ Salinan Kad Pengenalan Ibu
⇨ Salinan Kad Pengenalan Bapa
⇨ Sijil/Kad Suntikan Vaksin
⇨ Sampul Surat Pos Malaysia
⇨ Ball Pen Hitam
⇨ X-Ray dan Laporan X-Ray yang disahkan Oleh Pakar Radiologi
PAKAIAN SEMASA MELAPOR ADALAH SEPERTI BERIKUT
⇨ Baju T-shirt putih berkolar lengan pendek.
⇨ Seluar Track Suit warna gelap.
⇨ Kasut sukan warna bebas dan stokin putih.
⇨ Memakai pelitup muka dan membawa hand sanitizer digalakkan.
Sumber: mims.gov.my / army.mod.gov.my / Tentera Darat Malaysia