Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sedang mencari individu yang berdedikasi dan berkelayakan untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Bomba Gred KB19 & Jurufotografi Gred B19. Iklan kekosongan ini merangkumi peluang kerjaya di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Jika anda mempunyai minat dalam bidang penyelamat dan kebencanaan serta memenuhi syarat kelayakan, jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai pasukan kecemerlangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
πJoin Group Telegram Untuk Mendapatkan Update Percuma
Senarai Jawatan
Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pegawai Bomba Gred KB19 & Jurufotografi Gred B19. Jawatan ini membawa tanggungjawab besar dalam menjalankan tugas keselamatan dan bencana, serta menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat Malaysia. Pegawai Bomba diiktiraf sebagai pekerja kecemerlangan kerajaan yang berdedikasi tinggi dan siap sedia untuk berkhidmat di bawah apa jua keadaan.
1. Pegawai Bomba Gred KB19
KEKOSONGAN: 200 Semenanjung(179) Sabah(17) Sarawak(13)
SIMPANAN: 400 Semenanjung(300) Sabah(50) Sarawak(50)
JAWATAN: Tetap
PENEMPATAN: Semenanjung , Sabah, Sarawak
2. Jurufotografi Gred B19
KEKOSONGAN: 01
SIMPANAN: 05
JAWATAN: Tetap
PENEMPATAN: Sarawak
Syarat Kelayakan Umum
Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan umum berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lelaki atau Wanita
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Mempunyai kelayakan yang diperlukan
Syarat Kelayakan yang diperlukan:
1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) diiktiraf oleh Kerajaan. Atau
-Bekas Tentera
3. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM.
Syarat Kelayakan Fizikal:
Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera yang diperlukan adalah:
1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
3. Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
4. Ukuran dada sekurang-kurangnya 81cm dalam keadaan biasa dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
5. Lulus ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
6. Memiliki pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
8. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Gaji dan Imbuhan
Jadual Gaji Permulaan:
RM1,360.00 - RM4,052.00
Gaji permulaan yang baik bagi jawatan ini bergantung pada gred dan kategori kelayakan. Rujuk kepada syarat-syarat di atas untuk maklumat lanjut mengenai gaji dan imbuhan yang ditawarkan. Pekerjaan ini juga menawarkan pelbagai imbuhan menarik dan faedah lain yang tersedia untuk kakitangan kerajaan. Cuti Tahunan dan Cuti Sakit juga diberikan mengikut peraturan perkhidmatan awam yang ditetapkan.
Ringkasan tugas:
Tanggungjawab dalam bidang Pegawai Bomba Gred KB19, dan berkaitan adalah seperti berikut:
1. Melaksanakan kerja-kerja pemadaman api dan penyelamatan dalam situasi kecemasan seperti kebakaran dan bencana.
2. Menjaga dan menyelenggara jentera bomba serta menjalankan pemanduan dengan selamat.
3. Bertugas di bilik kawalan untuk mengendalikan dan mengkoordinasi operasi pemadaman dan penyelamatan.
4. Melakukan pemeriksaan premis untuk mengenal pasti risiko keselamatan dan memberikan nasihat keselamatan.
5. Menguruskan risiko dalam operasi dan mencapai keselamatan maksimum.
6. Menyediakan laporan dan rekod operasi serta menjalankan latihan dan pemantauan kemahiran pasukan.
Cara Membuat Permohonan Penuh
Untuk membuat permohonan, calon boleh mengisi borang permohonan secara online melalui laman web yang disediakan, Boleh diakses untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, dan prosedur yang perlu diikuti, Pautan;
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan tepat dan terkini sebelum menghantar permohonan. Hanya calon yang terpilih dan tersenarai pendek sahaja yang akan menerima emel pemberitahuan untuk menghadiri peperiksaan dan sesi temuduga.
Bagi pemohon yang suda mendaftar hanya melog masuk dan mengupdate jawatan yang ingin di mohon dan menghantar permohonan di dalam potral rasmi, pastikan semak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Ogos 2023 (Khamis). Pemohon dinasihatkan untuk menghantar permohonan secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga tarikh tutup untuk memastikan kepelbagaian peluang diberikan kepada semua calon yang berkelayakan.
Jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 adalah peluang yang menarik untuk individu yang berminat dalam bidang penyelamat dan bencana. Jangan lepaskan peluang ini untuk berkhidmat bagi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Sertailah perkhidmatan awam di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan sertai pasukan yang menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Sumber: interactive / SPAmalaysia