KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Memberi kemudahan secara atas talian untuk penduduk sabah yang ingin mencari kerja.
Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh majikan. sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
1. PENOLONG PEGAWAI (TEKNOLOGI MAKLUMAT) (FA29)
TARIKH TUTUP : 04 Ogos 2023
KELAYAKAN :
Berikut Syarat Kelayakan,Tugas,Penempatan dan Gaji Bagi setiap jawatan yang tersedia
-Warganegara Malaysia
- Tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
PENOLONG PEGAWAI (TEKNOLOGI MAKLUMAT) (FA29)
Syarat-syarat dan kelayakan bagi jawatan tersebut adalah seperti berikut:
(i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FA29 RM1,855.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FA29: RM1,929.89).
Taraf Jawatan: Lantikan Kontrak
Lokasi: UMS SABAH
Jadual Gaji: RM 1,549.00 - RM 5,684.00
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
Syarat kelayakan untuk jawatan ini adalah seperti berikut:
1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan bagi jawatan ini ialah pada Gred S41 dengan jumlah RM2,078.00.
2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan bagi jawatan ini ialah pada Gred S41 dengan jumlah RM2,281.86.
3. Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Taraf Jawatan: Lantikan Kontrak
Lokasi: Kota Kinabalu
Jadual Gaji: RM 2078.00 - RM 9544.00
PERMOHONAN
JawatanKerajaanSwastaDLL
Cara-Cara Memohon Secara atas talian :
-Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 4 Ogos 2023 11.59 malam,
-Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh satu bulan dari tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:
En. Wong Ken Hong
Pegawai Tadbir