Jawatan Kosong Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) |
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) dengan bangga membuka peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam bagi jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29. Jawatan ini memerlukan individu yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai pasukan yang melindungi dan memelihara hidupan liar serta taman negara di Malaysia.
πJoin Group Telegram Untuk Mendapatkan Update Percuma
Senarai Jawatan
Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29 seperti berikut:
1. Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
KEKOSONGAN: 20
SIMPANAN: 50
JAWATAN: Tetap
PENEMPATAN: Di mana-mana Jabatan PERHILITAN yang mempunyai kekosongan
Syarat Kelayakan Umum
Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan umum berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lelaki
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Mempunyai kelayakan yang diperlukan
Syarat Kelayakan yang diperlukan:
1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki diploma dalam bidang
-Sains biologi Atau
-Perhutanan Atau
-Mikrobiologi Atau
-Sains pengurusan hidupan liar Atau
-Sains hayat Atau
-Sains perkhidmatan veterinar/kesihatan,
-Sains haiwan diiktiraf oleh Kerajaan.
3. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM.
Gaji dan Imbuhan
Jadual Gaji Permulaan:
RM1,494.00 - RM5,674.00
Kenaikan Tahunan: RM 145.00
Gaji permulaan yang baik bagi jawatan ini bergantung pada gred dan kategori kelayakan. Rujuk kepada syarat-syarat di atas untuk maklumat lanjut mengenai gaji dan imbuhan yang ditawarkan. Pekerjaan ini juga menawarkan pelbagai imbuhan menarik dan faedah lain yang tersedia untuk kakitangan kerajaan. Cuti Tahunan dan Cuti Sakit juga diberikan mengikut peraturan perkhidmatan awam yang ditetapkan.
Ringkasan tugas:
Tanggungjawab melibatkan:
1. Menjalankan tugas kuasa undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72.
2. Melakukan kawalan dan pengurusan hidupan liar, termasuk melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan perlindungan dan pemuliharaan spesies yang terancam.
3. Melakukan penyelidikan berkaitan hidupan liar untuk mengumpul data dan maklumat penting bagi pemantauan populasi dan status hidupan liar.
4. Melaksanakan aktiviti pemantauan dan penilaian untuk mengukur keberkesanan langkah-langkah perlindungan dan pemuliharaan.
5. Berkerjasama dengan agensi lain dan pihak berkepentingan dalam usaha pemuliharaan hidupan liar.
6. Memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan berkaitan dengan perlindungan hidupan liar.
7. Memberikan edukasi dan kesedaran kepada orang awam mengenai pentingnya memelihara hidupan liar dan alam sekitar.
Cara Membuat Permohonan Penuh
Untuk membuat permohonan, calon boleh mengisi borang permohonan secara online melalui laman web yang disediakan, Boleh diakses untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, dan prosedur yang perlu diikuti, Pautan;
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan tepat dan terkini sebelum menghantar permohonan. Hanya calon yang terpilih dan tersenarai pendek sahaja yang akan menerima emel pemberitahuan untuk menghadiri peperiksaan dan sesi temuduga.
Bagi pemohon yang suda mendaftar hanya melog masuk dan mengupdate jawatan yang di mohon dan menghantar permohonan di dalam potral rasmi, pastikan semak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Ogos 2023 (Isnin). Pemohon dinasihatkan untuk menghantar permohonan secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga tarikh tutup untuk memastikan kepelbagaian peluang diberikan kepada semua calon yang berkelayakan.
Ini adalah peluang yang menarik untuk menyertai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) dan berkhidmat dalam perlindungan dan pemeliharaan hidupan liar serta taman negara. Jika anda berminat dan memenuhi kelayakan, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada usaha menjaga kepelbagaian alam semula jadi dan keunikan flora dan fauna negara kita.
Sumber: interactive / Spamalaysia