Parlimen Malaysia mengalu-alukan permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam jawatan Pengawal Keselamatan bertaraf Kontrak. Peluang ini menawarkan gaji yang kompetitif serta elaun-elaun yang menarik, termasuk insentif perkhidmatan kritikal bagi jawatan tertentu. Dengan syarat-syarat kelayakan yang jelas, mereka yang berminat dijemput untuk memohon secara dalam talian.
Jawatan: Pengawal Keselamatan Gred KP11
Lokasi Kekosongan: Parlimen Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan: 21 Julai 2023 (Jumaat)
Sekiranya anda berminat untuk menyertai pasukan kami sebagai Pengawal Keselamatan, berikut adalah butiran lengkap jawatan dan syarat-syarat lantikan:
BUTIRAN JAWATAN
- Jawatan/Gred: Pengawal Keselamatan Gred KP11
- Kementerian/Jabatan: Parlimen Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Bilangan Kekosongan: 16
GRED DAN JADUAL GAJI
- Gred KP11
- Jangkamasa Gaji: RM1,205.00 – RM2,939.00
- Pelbagai manfaat dalam khidmat Kerajaan
SYARAT LANTIKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Usia 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu dan Gred D dalam Matematik di peringkat PT3/PMR atau kelulusan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan
4. Keutamaan akan diberikan kepada bekas anggota Polis atau Tentera dengan pangkat sekurang-kurangnya Konstabel, Polis Sokongan, atau Prebet dengan rekod perkhidmatan yang baik dan telah disahkan dalam jawatan tersebut.
SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN
1. Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m (lelaki) dan 1.53m (wanita) tanpa bersepatu
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg (lelaki) dan 46kg (wanita)
- (BMI) di antara 19 hingga 26
- Ukuran dada 79cm pada keadaan biasa dan 84cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
- Lulus ujian penglihatan mata kiri dan kanan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
- Pengecaman warna dan pendengaran baik dan tidak cacat
- Diperiksa dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
DESKRIPSI DAN SKOP BIDANG TUGAS
Anda akan bertanggungjawab melaksanakan kawalan keselamatan aset Parlimen Malaysia, termasuk keselamatan fizikal, dokumen, dan personel di bangunan dan premis Parlimen Malaysia serta kawasan-kawasan yang diistiyharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
CARA MEMOHON
1. Sila muat turun Borang Permohonan melalui Portal Parlimen Malaysia (Parlimen.gov.my).
2. Pegawai kerajaan sedang berkhidmat perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
3. Lengkapkan Borang Permohonan bersama satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu, dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).
4. Hantar borang lengkap ke alamat berikut:
KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN 50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami yang berdedikasi menjaga keselamatan Parlimen Malaysia!
Sumber: Parlimen Malaysia