Sila Semak Status pembayaran anda di potral rasmi STR dan akaun bank(Online) anda masing-masing sebelum pergi ke cawangan bank bagi mengelakkan kesesakan dan membuang masa anda, Perkara yang boleh di semak ialah Status Pembayaran STR Fasa 3, Jumlah Bayaran yang akan di terima dan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sila Rujuk di bawah untuk info ini.
Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Kelayakan & Tarikh Bantuan
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan STR 2023 yang telah diumumkan dalam Belanjawan Madani 2023. Bantuan ini merupakan inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.
Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA):
- Kategori Layak: SARA memberikan tambahan STR sebanyak RM600 kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan tambahan ini terhad kepada mereka yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih dan pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169.
- Semakan Kelayakan: Anda boleh menyemak kelayakan untuk menerima bantuan ini melalui pautan MYkasih
- Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran: Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 setiap bulan selama 6 bulan. Bantuan ini akan dikreditkan ke Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.
- Tarikh Bantuan Disalurkan: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023, dengan jumlah RM100 setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my / MYkasih, anda dapat menemukan maklumat yang lebih terperinci mengenai bantuan ini, termasuk butiran mengenai pasaraya terpilih dan lain-lain yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.