JawatanKosongMalaysia kerja kosong malaysia News

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29 (KONTRAK) Borang Permohonan Jawatan Kontrak Di JPNIN

Admin
May 09, 2023
0 Comments
Home
JawatanKosongMalaysia
kerja kosong malaysia
News
IKLAN JAWATAN KOSONG GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29 (KONTRAK) Borang Permohonan Jawatan Kontrak Di JPNIN


Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.


JAWATAN KOSONG YANG TERSEDIA

Jawatan di bawah ini mempunyai beberapa kekosongan oleh itu pemohon di galakan memohon mana-mana jawatan yang tersedia mengikut kelayakan dan lokasi yang di tetapakan.

1. Guru Tabika Perpaduan Gred S29 (Kontrak) - 6 Kekosongan

-IKLAN KEKOSONGAN (KLIK PDF)

-BORANG PERMOHONAN


SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi calon lantikan adalah:

1. Warga negara Malaysia

2. Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan

3. Memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Gaji permulaan untuk jawatan ini adalah Gred 29 dengan jumlah RM 1,770.95

5. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


LOKASI

Senarai Lokasi yang tersedia seperti berikut;

-Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perlis


GAJI PERKHIDMATAN

Gaji insentif dan lain-lain Mengikut majikan Seperti Berikut;

1. Gaji permulaan untuk jawatan ini adalah Gred 29 dengan jumlah RM 1,770.95

2. Jadual gaji Gred S29 ialah P1 RM1,493.00 - RM5,672.00

3. Calon yang dilantik akan menerima elaun seperti berikut:

-Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sebanyak RM 300.00
-Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) sebanyak RM 160.00
-Bantuan Sara Hidup (COLA) dengan jumlah minima RM 300.00 dan jumlah maksima RM 350.00.

SKOP KERJA

Berikut adalah deskripsi tugas yang perlu dilaksanakan oleh calon yang dilantik untuk jawatan ini:

1. Bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran di Tabika.

2. Melaksanakan tugas mengajar, menguruskan rekod, dokumen pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

3. Mereka aktiviti pengajaran tahunan, menyediakan laporan bulanan kelas.

4. Melakukan penilaian yang berterusan terhadap perkembangan kanak-kanak dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Tarikh Tutup: 02 JUN 2023


CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan untuk jawatan ini, calon dikehendaki menggunakan Borang Permohonan yang disediakan bersama-sama iklan jawatan ini. Selain borang permohonan, calon perlu menyertakan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas, Pengetua Sekolah, Ketua Kampung, atau Pesuruhanjaya Sumpah:

a) Kad Pengenalan;
b) Sijil Kelahiran;
c) Sijil Berhenti Sekolah;
d) Sijil Peperiksaan SPM atau yang setaraf dengannya;
e) Sijil Diploma beserta Transkrip;
f) Lesen Memandu; dan
g) Sijil Digital Vaksinasi COVID-19.


Calon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan menyertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan sebelum atau pada 02 Jun 2023. Borang permohonan dan dokumen yang disertakan perlu dihantar ke alamat berikut:

Pengarah 
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Negeri Perlis
Tingkat 3, Bangunan Tun Haji Abd. Razak
01000 KANGAR, PERLIS.


Sebarang pertanyaan lanjut, Sila hubungi di talian;

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai jawatan ini, calon boleh menghubungi talian 04-976 2242 atau menghantar emel ke ppnperlis@perpaduan.gov.my.


Join Group Telegram Untuk Mendapatkan Update Percuma

JawatanKerajaanSwastaDLL


Sumber: JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)

Blog authors

No comments