Home
#STR2023
Bantuan
info
kerajaan
STR FASA 2 TARIKH & JUMLAH BAYARAN - INFO


Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjeas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. 


Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.


Kategori Penerima STR 2023

Berikut dikongsikan senarai penerima untuk pembayaran STR:


Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 2023

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR 2023:


STR Fasa 2: Tarikh & Jumlah Bayaran

Untuk pembayaran STR Fasa 2, pembayaran akan dimulakan pada bulan April 2023 dan melalui belanjawan yang telah dibentangkan pada 24 Februari 2023, kerajaan telah melakukan beberapa pembaharuan..


Jumlah Bayaran

Terdapat 2 kategori penerima Bantuan Tunai Rakyat yang dimaklumkan bagi Fasa 1 sebelum ini:

-Ketua Isi Rumah (KIR): RM300

-Bujang RM100


Sumbangan Tunai Rahmah 2023

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak


Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih


Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600


Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100


Proses Pembayaran

Proses pembayaran STR akan mula dikreditkan pada:

-Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun secara berperingkat

-Tiada Akauan - Penuanian di cawangan BSN


Semakan Status Pembayaran

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 


-Panduan Pengguna Status Bayaran STR

-Soalan Lazim Pembayaran Fasa 1 STR


Cara Membuat Permohonan & Kemaskini

Setakat ini pihak LHDNM tidak mengeluarkan sebarang pernyataan berkenaan permohonan yang tidak lulus dan begitu juga dengan pengemaskinian akaun. Namun begitu, kemungkinan permohonan baru atau rayuan serta kemaskini akaun akan dibuka sejurus selepas pembayaran Fasa 1 selesai.

Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.

Join Telegram Rasmi Untuk info percuma - https://t.me/infomediabah


Sumber: blogrojak


Blog authors

No comments