info kerajaan KWSP

Pengeluaran Khas Dibenarkan, Ini Syarat Dan Cara Memohon - KWSP

Admin
July 31, 2022
0 Comments
Home
info
kerajaan
KWSP
Pengeluaran Khas Dibenarkan, Ini Syarat Dan Cara Memohon - KWSP

 


Telegram Rasmi Bantuan & Pekerjaan : https://t.me/KeluargaMalaysia


Pengeluaran KWSP merupakan antara harapan rakyat buat masa ini bagi mendepani cabaran kenaikan kos kehidupan yang meningkat.


Walaupun beberapa pengeluran khas telah diperkenal kerajaan sebelum ini, nampaknya tekanan kehidupan kini masih memberi kesan dalam kehidupan kita semua.


Namun kita mungkin terlepas pandang kebenaran KWSP untuk pengeluaran akaun 2 bagi tujuan tertentu.


Pengeluaran KWSP Akaun 2

Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022


1) Pembayaran Ibadah Haji

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji


2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Dokumen Pengeluaran Untuk Perubatan


3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Pembelian Rumah


4) Pengeluaran Untuk Pendidikan

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.


KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

-✓ Dokumen dan Syarat Pengeluaran Untuk Pendidikan


Pautan lain infomalaysiakini

-CUEPACS Akan Piket Jika Gaji Penjawat Awam Tak Naik Sebelum PRU

-Harga Minyak Masak Boleh Diturunkan, Idea Najib Betul


Sumber: infomalaysiakini

Blog authors

No comments