Bajet2022 Bantuan BKM info kerajaan

BKM 2022: Permohonan/Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) RM1,000 - LHDN

Admin
June 11, 2022
0 Comments
Home
Bajet2022
Bantuan
BKM
info
kerajaan
BKM 2022: Permohonan/Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) RM1,000 - LHDN

Foto LHDN
 

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah skim yang menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang dilaksanakan pada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2014. Ianya diteruskan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)


SKK atau Skim Khairat Kematian adalah wang derma atau sumbangan ikhlas daripada kerajaan dengan kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.


Foto LHDN


Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022

💠 Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

💠 Tarikh Tuntutan SKK - Mulai 15 April 2022.

💠 Kaedah Tuntutan/Permohonan – Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.


Syarat Kelayakan SKK

• Permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:

💠 Kahwin; atau

💠 Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau

💠 Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

💠 Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

• SKK layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.

• Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK


Hubungan Wakil Yang Layak Tuntut SKK

Wakil yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK.

Hubungan wakil yang layak adalah

💠 Pasangan

💠 Ibu

💠 Bapa

💠 Anak

    ðŸ’     Anak Kandung

    ðŸ’     Anak Tiri

    ðŸ’     Anak Angkat

💠 Adik-Beradik


Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK

💠 Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan

💠 Kad Pengenalan asal wakil; dan

💠 Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.


Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Buat Tuntutan

1. Kad pengenalan asal waris

2. Sijil Kematian yang asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

. Dokumen Pembuktian Pertalian antara waris dan penerima mengikut jenis hubungan seperti berikut:

a) Ibu / Bapa – Sijil Lahir Penerima

b) Pasangan – Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan / Sijil Lahir Anak

c) Anak – Sijil Lahir Wakil

d) Anak Angkat – Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan JPN. Sekiranya tiada, pengesahan daripada mahkamah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diperlukan

e) Anak Tiri – Sijil Lahir Wakil (Anak tiri) dan Sijil Perkahwinan Ibu / Bapa Tiri

f) Adik-Beradik – Sijil Lahir Penerima dan Sijil Lahir Wakil

g) Cucu – Sijil Lahir Wakil (Cucu) dan Sijil Kelahiran Ibu atau Bapa kepada Wakil


Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

💠 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan)

💠 e-mel kepada bkm@treasury.gov.my

💠 Rujuk FAQ BKM :

-  FAQ Maklumat Waris 

 -Skim Khairat Kematian BKM 2022


Sumber: BKM / LHDN

Blog authors

No comments