Bajet2022 Bantuan JKM kerajaan

Bantuan Kanak-Kanak(BKK) Sehingga RM1,000 Sebulan 2022 Mohon Segera - JKM

Admin
June 04, 2022
0 Comments
Home
Bajet2022
Bantuan
JKM
kerajaan
Bantuan Kanak-Kanak(BKK) Sehingga RM1,000 Sebulan 2022 Mohon Segera - JKM
Foto jkm


Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.


BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2022

Tahukan anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450. 


Jumlah BKK lama

·         Maksimum bagi seseorang anak akan menerima RM100.

·         Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang

Jumlah BKK 2021

·          Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.

·         Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200 sebulan seorang.

·         Maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk sebuah keluarga



SYARAT KELAYAKAN BKK 2022

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.



CARA MEMOHON BKK 2022

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :-

1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

2. Cetak Borang Permohonan.

3. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.


Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.


Sumber: blogrojak / jkm.gov.my

Blog authors

No comments