Permohonan Bantuan Laptop Dan Tablet Dibuka Pada 15 April Ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti untuk mendapatkan tablet atau laptop percuma pada 15 April 2022 ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, tablet dan laptop berkenaan akan diserahkan pada Jun hadapan.
Menurutnya lagi, kerajaan Malaysia memahami kepayahan ibu bapa yang tidak berkemampuan membeli peranti yang sekarang ini harganya telah mencecah ribuan ringgit Malaysia. Mulai 15 April, kementerian akan buka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet.
“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma, “ – YB TAN SRI ANNUAR HAJI MUSA
Apakah itu Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia?
Melalui Kerajaan Malaysia, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Malaysia yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti iaitu Tablet dan Laptop kepada setiap satu orang pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) samaada awam dan swasta.
Peruntukan Kerajaan Malaysia bagi bajet 2022 amatlah banyak,diantara inisiatif dari bajet 2022 adalah kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta bagi menjayakan Program Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Walaubagaimanapun,Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang bakal ditetapkan.
Baca juga..CARA MENEBUS TELEFON BIMBIT/DATA PERCUMA DIGI,CELCOM,UMOBILE,MAXIS UNTUK SEMUA KELUARGA MALAYSIA
Apakah Syarat Dan Kelayakan?
Kelayakan adalah kepada Mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 sahaja iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 ,mereka layak memohon inisiatif ini. Program ini akan dapat membantu meringakan beban dan memudahkan urusan keluarga dalam memberikan kepentingan pelajaran kepada anak-anak yang belajar di IPT.
Inisiatif Pakej Perantitsiswa ini juga melibatkan kesemua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Apakah Syarikat-Syarikat Telekomunikasi Yang Bakal Terlibat?
Buat masa ini,antara syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :
1. Celcom Axiata Berhad (Celcom),
2. Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
3. Maxis Berhad (Maxis),
4. U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
5. Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
6. YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Pemberian tablet ini kepada pelajar adalah kerjasama antara kerajaan bersama syarikat-syarikat telekomunikasi. Ini akan memudahkan dan memastikan kelompok yang layak mendapatkan tablet percuma.
Bagaimanakah Permohonan/Pendaftaran Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia: Bantuan Tablet Dan Laptop Percuma?
Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini akan bermula pada 15 April 2022.
Proses perolehan bagi inisiatif Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia ini sedang dijalankan dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut terlebih dahulu oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini bagi memastikan program ini berjalan lancar. Pemberitahuan Maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat .
“Satu Pelajar, Satu Laptop/Tablet Percuma”
Terbaru : Permohonan Bantuan Laptop Dan Tablet Dibuka Pada 15 April Ini. Kerajaan Malaysia melalui peruntukan bajet 2022 berserta slogan “Keluarga Malaysia” giat berusaha dan akan memastikan bantuan- bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. Usaha kerajaan menyediakan tablet percuma adalah langkah untuk memudahkan pelajar IPT mendapatkan kemudahan belajar secara alam maya. Semoga pelajar IPT awam atau swasta dapat memanfaatkan sebaiknya pemberian bantuan Tablet percuma dari kerajaan Malaysia.
Sumber: infomalaysiakini /