info kerajaan

GUNAKAN APLIKASI YANG DISEDIAKAN BERHUBUNG KEROSAKAN JALANRAYA - JKR SABAH

Admin
March 09, 2022
0 Comments
Home
info
kerajaan
GUNAKAN APLIKASI YANG DISEDIAKAN BERHUBUNG KEROSAKAN JALANRAYA - JKR SABAH

 

Gambar hiasan. Foto Pandulaju

KOTA KINABALU : Orang ramai diingatkan agar menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah, bagi mengemukakan sebarang aduan berhubung dengan kerosakan jalanraya .


Aduan boleh dibuat melalui aplikasi ‘ADUAN JALAN RAYA JABATAN KERJA RAYA SABAH ‘ . Untuk mendapatkan info terkini mengenai kerosakan jalanraya di negeri ini khususnya jalan jalan dibawah kendelian JKR.


Aplikasi ini dibangunkan oleh JKR Sabah bertujuan untuk mengalu-alukan semua pengguna jalan raya di negeri ini untuk membuat aduan berkaitan dengan kerosakan jalan raya di Sabah.


“Aplikasi ini merupakan usaha JKR Sabah menyediakan rangkaian jalan raya yang selamat,selesa dan boleh dilalui setiap masa”


“ Penggunaan aplikasi ini hanya terhad untuk aduan jalanraya di negeri Sabah sahaja dan pengguna boleh menggunakanya untuk tujuan tersebut bagi memudahkan aduan pengguna dapat ditangani secepatnya ”


Beberapa aduan yang dimuat naik berserta gambar samaada melalui media sosial atau aplikasi WahtsApp dan apabila pihak JKR menyiasat perkara tersebut tidak wujud.


Sejak kebelakangan ini ketika Sabah berhadapan dengan fenomena hujan lebat berpanjangan dan banjir yang berlaku di beberapa buah daerah di negeri ini mengakibatkan banyak jalan yang runtuh dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial atau aplikasi WahtAspp untuk membuat aduan palsu.


“ Setelah pihak kami melakukan sisatan dilokasi yang dimaksudkan dari aduan yang menggunakan media sosial dan aplikasi WahtAspp ini ,kami dapati ianya tidak benar ,malah gambar yang dimuat naik adalah gambar dari sumber lain dan tidak berlaku di Sabah”


Perbuatan ini sudah tentu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mengambil kesempatan untuk mencemarkan imej kerajaan,pemimpin dan JKR


Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya penggunakan jalanraya di negeri ini agar tidak mudah mempercayai sebarang laporan keroskan jalanraya yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan media sosial dan aplikasi WahtsApp sebaliknya mereka perlu merujuk kepada apilikasi yang disediakan atau pihak JKR di kawasan masing-masing.


Sumber: JKR SABAH / Pandulaju

Blog authors

No comments