Bajet2022 Bantuan BKM kerajaan

KemasKini/Permohonan Baru Dibuka Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Admin
January 07, 2022
0 Comments
Home
Bajet2022
Bantuan
BKM
kerajaan
KemasKini/Permohonan Baru Dibuka Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022


Permohonan Baru  Atau Pengemaskinian Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.


PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Tempoh Permohonan dan pengemaskini ;

- 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022

Permohonan BKM Secara Online - https://bkm.hasil.gov.my/

Atau

Permohonan BKM di kaunter LHDN - JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BKM 2022


Pemohon Yang Perlu Membuat Kemas Kini Adalah; 

(Jika mempunyai Perubahan Sahaja)

-individu.

-Pemohon BPR 2021.

-Pemohon BPR 2021 (yang tidak lulus di sebabkan GKP).

-Penerima BKC (B40).


Pemohon Yang Perlu Membuat Permohonan Baru Adalah;

-Tiada Rekod dalam sistem BKM.

-Tidak Menerima BPR,BKC(B40) Dan GKP (2021) isi Rumah Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.

-individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah/ Tiada Pasangan/Tiada Anak.


Tarikh Pembayaran BKM 2022

-Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan sebanyak 4 kali untuk tahun ini

-Pembayaran BKM Fasa 1 akan bermula pada bulan Mac 2022 (info akan terus kemaskini)


Nota

-Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 Secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan Menepati syarat kelayakan dibawah, Permohonan baharu BKM 2022 Boleh di Buat. 

-Jika Permohonan Di terima Tidak Perlu membuat permohonan Baru, Kemaskini jika mempunyai perubahan Sahaja.

-Semak Status Anda menggunakan id dan Kata Laluan BPR/BKC 2021 di https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login



INFO Ringkas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal dan bantuan tunai ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.


Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:


KATEGORI 1

-Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah

-Lebih 3 anak

-Bantuan RM2000


KATEGORI 2

-Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan

-1-2 anak : Bantuan RM1500

-Tiada anak: RM1,000


KATEGORI 3

-Ibu bapa tunggal dengan tanggungan

-Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan

-Bantuan RM500


TERKINI: MENTERI KEWANGAN SAHKAN ADA BANTUAN UNTUK BUJANG

Ramai yang bertanya di media sosial, Bantuan Keluarga Malaysia ni tak ada ke untuk bujang?

Adaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia. Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan. Tapi dalam #Bajet2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat.


Saya kongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua. InsyaAllah pencerahan lain akan menyusul.

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Dikongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua yang dikemaskini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi laman web BPR.



Segala info-info tentang Bantuan ini akan dikemaskini di sini atau join Telegram


Sumber: infoawam / Tengku Zafrul /  LHDN / BKM

Blog authors

No comments