Berita baik bagi mereka yang membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) namun berstatus gagal kredit, kemaskini akaun bank GKP kini dibuka.
Pemohon yang menerima status gagal kredit sebelum ini dalam status permohonan menyebabkan mereka tidak menerima bayaran. Oleh itu, pihak LHDN telah mengumumkan pembukaan untuk mengemaskini akaun bank.
Tarikh Kemaskini
Pengemaskinian akaun telah mula dibuka pada 7 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021.
Siapa Yang Perlu Kemaskini?
Mereka yang perlu mengemaskini akaun adalah penerima
1. GKP PERMAI
2. GKP PEMERKASA+
3. GKP 3.0
4. GKP 4.0
Yang berstatus GAGAL KREDIT SAHAJA
Semakan & Pengemaskinian Akaun GKP
Untuk pengetahuan anda, kemaskini akaun bank hanya dibuat secara online sahaja.
Anda boleh membuat semakan dan kemaskini akaun bank GKP dengan melayari pautan https://gkp.hasil.gov.my/
Maklumat Lanjut
Soalan lazim berkaitan kemaskini akaun bank GKP, anda boleh KLIK SINI
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat pengemaskinian akaun, anda boleh menghubungi:
1. BKK LHDNM: 1-800-8-2747
2. Hotline MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
3. Facebook: LHDNM
4. Twitter: @LHDNMofficial
Sumber : infoawam / LHDN / GKP / MINGGUANKERJA
Group Baru Join kami di Telegram