Bantuan info JKM kerajaan Kerja kerajaan

Mohon Bantuan Tunai Pendaftaran IPT RM2000 Secara One Off (BUDI) Sabah

Admin
August 08, 2021
0 Comments
Home
Bantuan
info
JKM
kerajaan
Kerja kerajaan
Mohon Bantuan Tunai Pendaftaran IPT RM2000 Secara One Off (BUDI) Sabah
Foto Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas


Untuk pelajar anak Negeri Sabah yang baru sahaja melanjutkan pengajian di Institut Pangajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA atau IPTS, anda kini boleh memohon bantuan di bawah Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI).


Dengan inisitif BUDI, pelajar-pelajar anak Sabah yang menyambung pengajian di IPTA atau IPTS pada tahun 2021 akan diberikan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM2000 seorang.


KRITERIA / KELAYAKAN

Terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS (Sepenuh masa sahaja dan Sarjana muda)

-Terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi Awam/Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia dan diiktiraf kerajaan. (Mendaftar kali pertama pada tahun 2021)


Pelajar Sabah Berumur Tidak Lebih 25 Tahun

-Pelajar mestilah berasal dari negeri sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.


Golongan B40 Dan M40 

-ibu dan pemohon atau penjaga tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan RM5000 KE BAWAH.


Pelajar tajaan tidak layak memohon

-Pelajar telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak memohon (disahkan oleh IPT pelajar)


Pengesahan Kemasukan Ke IPT

-Mendapat pengesahan kemasukan di IPT pemohon

(Surat pengesahan telah berdaftar daripada Universiti tempat belajar)


Tarikh Tutup Permohonan ini

-30 Oktober 2021


PERMOHON SECARA ONLINE

https://budi.sabah.gov.my/


Untuk maklumat lanjut atau Pertanyaan hubungi di talian;

Puan Mary

-088369890

-088369872

-088369865


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan BUDI boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu melalui online dan secara manual.


Bagi kaedah online, permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

-Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/.

-Klik butang ‘Permohonan.’

-Kemudian, klik butang ‘Daftar.’

-Isi maklumat dengan lengkap dan klik dan klik butang ‘Daftar.’

-Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.

-Isi maklumat diri bagi melengkapkan pendaftaran.

-Kemudian sediakan dokumen sokongan untuk penghantaran.


Untuk permohonan secara manual, permohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

-Muat turun borang di https://mttk.sabah.gov.my/media_file

-Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.

-Sediakan dokumen sokongan.

-Hantar borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:


Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas

Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah,

Jalan Sulaman, Teluk Likas,

88400 Kota Kinabalu.


DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:

-Salinan Surat Beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga) (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).

-Salinan MyKad pemohon dan ibu bapa/penjaga (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).

-Salinan Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).

-Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA (disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi yang berkenaan).

-Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.

-Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon.


Sumber: BudiSabah / Semakanonline

Blog authors

No comments