Bantuan info kerajaan

RM100/3 bulan untuk golongan miskin bandar Semak Status Sekarang

Admin
July 07, 2021
0 Comments
Home
Bantuan
info
kerajaan
RM100/3 bulan untuk golongan miskin bandar Semak Status Sekarang


RM100 JUTA UNTUK 300,000 ISI RUMAH GOLONGAN MISKIN BANDAR SECARA TANPA TUNAI (CASHLESS) MELALUI MYKAD BERMULA JULAI 2021⠀



Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad 


Program MyKasih ini adalah pelengkap kepada program Bakul makanan yang telah diumumkan dalam pelbagai pakej-pekej bantuan.⠀


Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.


Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. 


KADAR BANTUAN

-RM100 sebulan

-Diberikan selama 3 bulan

-Dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad

-Baki bulanan yang belum habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan baki berikutnya

-Baki yang masih ada boleh digunakan sehingga akhir tahun 2021


Barangan makanan asas yang beoleh dibeli di kedai-kedai terpilih termasuklah;

-Makanan dalam tin

-Susu bayi

-Beras

-Minyak masak

-Telur

-Dan sebagainya berdasarkan produk yang diluluskan makanan asas yang terpilih


Program PRIHATIN kasih ini melibatkan lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk;

- Mydin 

-Giant

-Econsave

-The Store

-Pacific

-Milimewa 

-99 Speedmart

-Lotus Stores (Tesco)

-serta pasar raya dan pasar mini bebas.


Fasa pertama yang telah di laksanakan di Selangor dan KL pada 1 julai sehingga sep 2021 ini menunjukkan maklum balas yang positif dari penerima dan fasa seterusnya akan di lancarkan seperti poster berikut;


Semak status di potral rasmi di www.mykasih.com.my

 sekiranya anda tidak disenaraikan sebagai penerima PRIHATIN Kasih boleh memberikan maklumat di bawah untuk mendapatkan info selanjutnya

Talian MyKasih 03-7720188

Emel info@mykasih.com


Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas  👉https://t.me/infomediabah


Foto tengku zafrul


PERTANYAAN ATAU SOALAN LAZIM?

i.Apakah itu PRIHATIN Kasih?

PRIHATIN Kasih adalah penyediaan bantuan makanan tanpa tunai di bawah pakej rangsangan PEMERKASA yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin pada bulan Mac 2021. Objektif PRIHATIN Kasih adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin dan golongan miskin bandar

ii. Siapa yang layak menerima PRIHATIN Kasih?

Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR, adalah layak menerima PRIHATIN Kasih.

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.


iii. Adakah saya perlu memohon PRIHATIN Kasih?

Anda tidak perlu memohon PRIHATIN Kasih. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.


iv. Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya saya tidak disenaraikan sebagai penerima PRIHATIN Kasih?

Anda boleh menghubungi MyKasih Foundation melalui emel info@mykasih.com dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.


v. Bagaimana program PRIHATIN Kasih dilaksanakan?

Setelah penerima telah diluluskan dan didaftarkan ke program, akaun akan dibuka berdasarkan Mykad penerima dalam sistem kami di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. 

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 100 selama tiga bulan dari Yayasan MyKasih melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan penting. 

Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program bantuan makanan tanpa tunai akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.


PEMBAYARAN

i. Berapakah jumlah yang akan diterima oleh penerima PRIHATIN Kasih di bawah program ini?

RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan. Jadualnya pembayaran seperti berikut:


ii. Bilakah elaun bantuan makanan akan disalurkan kepada penerima PRIHATIN Kasih?

pada 1 haribulan setiap bulan, selama 3 bulan.


iii. Di manakah boleh saya membeli barangan makanan/runcit di bawah program ini? Apakah barangan makanan/runcit yang boleh saya beli?

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.


iv. Berapa lamakah tempoh penggunaan dana?

Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021. 

Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.


Sumber: Tengku Zafrul / MyKasih / The Star


Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas  👉https://t.me/infomediabah

Blog authors

No comments