Permohonan Pengeluaran i-Citra Online kini dibuka Syarat Dan Cara Memohon - KWSP
Foto KWSP EPF
Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai sehinggah 31 September 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
•Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah,
• Termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
•Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan
• Amaun kelayakan maksimum RM5,000.
•Bayaran Setiap bulan sehingga lima (5) bulan
•Bayaran RM1,000 sebulan atau tertakluk
kepada jumlah baki simpanan
•Bayaran minimum adalah RM50
•Meninggalkan baki sekurang-kurangnya
RM100 dalam Akaun 1
•kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan
jumlah simpanan ahli pada
Tarikh permohonan diproses setelah ditolak
bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran i-Citra
Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
Contoh penggunaan Simpanan Akaun 2 & 1 seperti di bawah;
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE
Bagi memudahkan urusan permohonan anda, kami sertakan panduan pengguna sebagai rujukan:
1. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
-Boleh, tertakluk kepada kelayakan/syarat seperti yang dinyatakan
2. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?
-Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
3. Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?
-Akaun bank simpanan atau semasa.
-Akaun bank masih aktif.
-Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).
-Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.
-Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.
4. Bolehkah ahli membatalkan permohonan i-Citra?
-Boleh. Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan dan bayaran seterusnya akan dihentikan.
-Permohonan semula tidak dibenarkan.
5. Bolehkah amaun Pengeluaran i-Citra dipinda?
-Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat.
6. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan i-Citra?
-Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui: