Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan Lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka, Insya-Allah.
Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021.
Siapakah yang layak menerima GKP 4.0?
PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
• Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
• Permohonan baharu GKP 4.0
Tarikh Permohonan GKP 4.0 (Telah tamat)
-Permohonan GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.
PENERIMA GKP SEBELUM INI
-Penerima berstatus Lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 tidak perlu membuat permohonan semula. Permohonan baharu GKP 4.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
Nilai Bantuan Geran Khas Prihatin GKP 4.0
nilai bantuan gkp adalah seperti berikut;
Syarat untuk membuat permohonan baharu GKP 4.0 (Hanya pemohon baru sahaja)
Syarat kelayakan seperti berikut:
1. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
• Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
• Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
3. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun
2021; dan
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
SEMAK PERMOHONAN
Tarikh permohonan semakan lulus Pada 20 September 2021 Dan Tarikh Pembayaran adalah 21 September 2021 Secara Berperingkat.
info akan terus diupdate di telegram jangan terlepas sertai sekarang 👉 https://t.me/infomediabah
PEMBAYARAN GKP 4.0
-Pembayaran akan di buat secara berperingkat 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021.
-Tarikh Semak Kelulusan Pada 20 September 2021
-Pembayaran pada 21 September Secara Berperingkat
PENERIMA BANTUAN PRIHATIN RAKYAT BPR
Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan berstatus Lulus.
-Jika permohonan BPR 2021 atau Rayuan BPR 2021 berstatus Lulus, tidak layak Memohon GKP 4.0.
SEMAK STATUS GKP 4.0
Untuk Maklumat Lanjut atau Pertanyaan Berkenaan GKP 4.0 Hubungi di talian
03-8911 1000 / 603-8911 1100
Sumber: Pejabat Perdana Menteri / Geran Khas Prihatin
Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas 👉https://t.me/infomediabah