PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KHAS OKU RM500 YANG TERKESAN AKIBAT PENDEMIK COVID-19. Foto Kementerian Kewangan Malaysia
Bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 sebulan dan dibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulan kepada individu yang telah diluluskan permohonannya.
-Membantu secara kewangan kepada OKU yang terkesan akibat pandemik COVID-19
-Membantu OKU yang hilang pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup
-Mengenalpasti bilangan sebenar OKU yang bekerja namun tidak menerima sebarang bantuan bulanan kerajaan
-Sebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir 1½ tahun.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN INI
-OKU yang berdaftar dengan JKM;
-OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
-OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
-Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan
-atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan OKU yang bukan kakitangan kerajaan.
TARIKH BUKA DAN TUTUP PERMOHONAN
-Permohonan boleh dikemukakan mulai 19 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan boleh dikemukakan melalui beberapa kaedah seperti berikut:
i. Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui google form yang terdapat di laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my
ii. Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuatturun daripada laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my (seperti dalam Lampiran A) dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel bantuanokupemulih@jkm.gov.my
iii. Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel bantuanokupemulih@jkm.gov.my
Setiap pemohon perlu muat naik (upload) atau sertakan dokumen sokongan seperti berikut:
i. Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU;
ii. Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.
SILA SERTAKAN / BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
i. Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU; dan
ii. Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.
Maklumat Lanjut Di Bawah;
• FAQ Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej Pemulihan)
• Permohonan Secara Atas Talian
• Telefon:- 03-8323 1656
• Facebook Rasmi JKM : https://www.facebook.com/myJKMHQ
Sumber: Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya / Jabatan Kebajikan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat