Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Covid (BKC) sebagai bantuan yang terkesan berkenaan perintah kawalan pergerakan PKP/PKPB yang di Laksanakan sehingga jumlah harian turun 4000 ke bawah.
LHDNM telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan bayaran yang akan di buat sepanjang tahun ini dan menerbitkan di laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tentang bagaimana mendapatkan bantuan tunai langsung ini, membuat permohonan dan tarikh bantuan yang akan di salurkan kepada semua rakyat yang layak.
Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.
Bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, sukacita saya umumkan, pemberian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:
Pecahan Kategori Msikin Tegar, B40, M40
Kategori Miskin Tegar
Isi Rumah
• Ogos/September - RM500
• November - RM500
• Disember - RM300
Warga emas/ Sebatang kara
• Ogos/September - RM200
• November - RM300
Individu Bujang
• Ogos/September - RM200
• November - RM300
Kategori B40
Isi Rumah
• Ogos/September - RM500
• Disember - RM300
Warga emas/ Sebatang kara
• Ogos/September - RM200
Kategori Bujang
• Ogos/September - RM200
Kategori M40
Isi Rumah
• Ogos/September - RM250
Warga emas/ Sebatang kara
• Ogos/September - RM100
Kategori Bujang
• Ogos/September - RM100
Bila Dan Bagaimana membuat semakan BKC ini?
-Tarikh dan Semakan Layak akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-Semak Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
-Jika belum ada Status Bantuan BKC-2021 sila semak di hari esok dan seterusnya.
-Tarikh Status Kelulusan/Pembayaran BKC Dijangka B40 06/09/2021 / M40 09/09/2021 Tarikh seterusnya Secara Berperingkat. -Tengku Zafrul
-Sila Semak secara Online Status Kelulusan sebelum ke Bank .
Bagaimanakah Membuat Permohonan?
-Tidak perlu membuat permohonan, Permohonan secara automatik yang di ambil daripada BPR / LHDNM senarai nama yang layak.
-Segala info dan bantuan ini akan di kemaskini di 👉https://t.me/infomediabah atau di blog ini.
Kaedah Pembayaran di Lakukan/Laksanakan?
-Akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 Bagi ( Miskin Tegar dan B40)
-Akaun Bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian Bagi ( M40 )
Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas 👉https://t.me/infomediabah
Sumber: Pejabat Perdana Menteri / BPR / LHDNM/TV3