Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, menasihatkan pemilik dan pekerja restoran supaya tidak makan di premis masing-masing secara terbuka.
KOTA KINABALU: Reman seorang suspek yang juga ahli politk membabitkan kes cabul peserta Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) disambung sehingga 9 Jun 2021.
Kes berkenaan yang membabitkan mantan Penyelaras Parlimen Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Putatan turut melibatkan kira-kira tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, lanjutan tempoh tahanan reman berkenaan dibuat oleh pasukan siasatan polis mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
Menurutnya, permohonan tahanan reman itu juga bagi membantu siasatan berhubung suspek sebelum tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan pendakwaan dilakukan.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, polis menahan seorang ahli politik di pejabatnya di Asia City di sini kira-kira jam 1 petang pada 3 Jun lepas.
Lelaki terbabit didakwa mencabul salah seorang peserta UNK 2021 selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya pada 21 Mei lepas.
Dalam laporan itu, mangsa mendakwa diraba di bahagian badan termasuk paha, belakang badan, leher serta tangannya dan mangsa turut bertindak menepis perbuatan suspek. – Utusan Borneo
Sumber: Sabahpost / Utusan
Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik