Peniaga yang ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai model kerja, Sebanyak 1.5bilion ringgit disediakan bagi sepanjang tahun ini oleh BSN,TEKUN,MARA,SME Corp dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3% Setahun.
BSN Micro PEMERKASA ialah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.
CIRI-CIRI PINJAMAN
Tujuan Pinjaman: Modal Kerja & Pembelian Aset
Amaun Pinjaman: Sehingga RM50,000
Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulananbulanan
KELAYAKAN PERMOHONAN
• Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
• Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
• Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
• Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
• Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
KADAR
• 3.00% setahun
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN/WAJIB
• Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
• Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)
• Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
• Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
CARA MEMOHON SECARA ONLINE
• Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di potral rasmi BSN. MOHON SEKARANG.
• Menghadapi masalah? Hubungi Credit Supervisory Team kami untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.
• Panduan pengguna untuk permohonan atas talian di bawah atau anda boleh mendownload pdf disini.
ikuti post ini di group telegram kamii jangan terlepas..