PUTRAJAYA: Sejumlah RM13.53 bilion disalurkan kepada 327,908 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 1.0, 2.0. dan 3.0 sehingga 15 Februari lalu, sekali gus membantu mengekalkan sebanyak 2.695 juta pekerjaan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata usaha kerajaan termasuk melalui PSU itu juga dapat menurunkan kadar pengangguran turun ke tahap 4.8 peratus pada November dan Disember lalu berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020.
Bantuan kerajaan yang berkerja sendiri..
Bagaimanapun, katanya, kerajaan sedar ia perlu bertindak lebih daripada hanya menyelamatkan pekerjaan, sebaliknya perlu menjana peluang pekerjaan baharu bagi mereka yang kehilangan pekerjaan atau untuk mereka yang baru memasuki pasaran kerja, terutama belia lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi.
"Bagi mencapai objektif ini, insentif pengambilan pekerja atau Program PenjanaKerjaya diperkenalkan dengan peruntukan RM2 bilion.
"Sehingga 15 Februari 2021, sebanyak RM337.3 juta sudah dibayar sebagai insentif PenjanaKerjaya 1.0 yang dimanfaatkan oleh 14,904 majikan dan menyediakan 113,074 peluang pekerjaan untuk rakyat.
"Bagi PenjanaKerjaya 2.0 bawah Belanjawan 2021 yang tarikh permohonannya mula dibuka pada 1 Januari lalu, lebih RM3.9 juta sudah dibayar kepada 1,073 majikan, membabitkan sebanyak 3,651 pekerja," katanya ketika merasmikan Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021 Kementerian Sumber Manusia dan Pelancaran Portal MYFutureJobs, secara maya, hari ini.
[Kerajaan] Bantuan Kewangan yang Kehilangan pekerjaan..
Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Tengku Zafrul berkata, gelombang COVID-19 terkini yang menyaksikan pelaksanaan pelbagai versi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Januari lalu, dilihat menyebabkan masih ramai menghadapi cabaran mencari pekerjaan dalam suku pertama tahun ini.
Katanya, walaupun banyak aktiviti ekonomi dibenarkan dalam PKP 2.0, masih ada sektor yang amat terkesan seperti pelancongan dan beberapa subsektor peruncitan yang hanya mampu pulih apabila Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan sepenuhnya pada Suku Pertama Tahun 2022.
Justeru, katanya, usaha yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini bertambah kritikal dan perlu dipergiatkan lagi bagi membantu rakyat yang menganggur meraih peluang pekerjaan dan mencari nafkah.
"Saya yakin perkhidmatan pekerjaan PERKESO yang dimantapkan lagi melalui portal pekerjaan MYFutureJobs serta inisiatif seperti Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021 Kementerian Sumber Manusia akan terus membantu lebih ramai golongan pencari kerja.
Mohon pekerjaan secara atas talian/online..
"Portal MYFutureJobs PERKESO memudah cara proses carian dua-hala, iaitu dari segi mencari dan menawarkan pekerjaan. Melalui perkhidmatan kaunseling, penyediaan `resume' dan pembuatan profil bagi pencari kerja, serta pendaftaran kekosongan jawatan bagi majikan, saya difahamkan MYFutureJobs, yang berlandaskan teknologi Artificial Intelligence, dapat memadankan profil pencari kerja dengan pekerjaan pilihan secara tepat..
"Ini juga dapat membina keupayaan PERKESO menilai dan memahami trend pasaran buruh, satu keupayaan yang amat penting bagi mengenal pasti sektor yang mempunyai permintaan tinggi dan bagi penggubalan dasar," katanya.
Tengku Zafrul berkata, inisiatif bersepadu bersama syarikat swasta dan industri, yang dilancarkan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia, mencerminkan hasrat kerajaan untuk menjana pekerjaan, serta menangani isu struktur seperti pekerjaan bawah tahap kemahiran rasmi, kesaksamaan peluang untuk golongan rentan dan tahap penggajian yang berkembang selaras kadar inflasi.
Katanya, inisiatif berteraskan konsep kerjasama erat, dan yang dinamakan `#TogetherWeStand' memerlukan pembabitan dan sokongan pelbagai pihak dalam merealisasikan agenda.-Bharian
Sumber: Bharian
Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik