info

Menghasut tolak pengambilan vaksin, satu kesalahan

Admin
May 16, 2021
0 Comments
Home
info
Menghasut tolak pengambilan vaksin, satu kesalahan

 

Gambar hiasan. Foto Bharian

KUALA LUMPUR: Perbuatan menghasut orang ramai supaya menolak daripada mengambil vaksin COVID-19 adalah satu kesalahan berdasarkan Ordinan Darurat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu boleh dianggap sebagai mendatangkan khianat awam dengan niat menakutkan orang ramai.

"Semalam, saya difahamkan polis sudah membuat kenyataan. Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara sudah membuat kenyataan bahawa ia satu kesalahan yang boleh diambil tindakan.

"Jadi, melalui Ordinan Darurat yang dipinda, tindakan segera boleh diambil terhadap mereka," katanya pada sidang media berhubung perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.


Sementara itu, Ismail Sabri berkata, walaupun ada pihak mendakwa kerajaan gagal menangani pandemik COVID-19, Malaysia sebenarnya sedang menuju je arah kejayaan berbanding negara maju lain.

Katanya, menurut laporan Lowly Institute, badan pemikir berpusat di Australia, Malaysia berada di tangga ke-16 daripada 98 negara lain dengan skor 70.1 peratus.

"Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan 94 dengan 17.3 peratus, Perancis di kedudukan ke-73, United Kingdom (66) Jepun (45) dan Korea Selatan (22).

"Lebih membanggakan apabila kita berjaya mengawal kadar kematian. Ini terbukti apabila kadar kematian di negara masih rendah iaitu sekitar 0.38 peratus manakala kes sembuh 90.9 peratus," katanya.

Beliau berkata, data KKM turut menunjukkan kes sembuh mengatasi kes baharu harian dan ia perkhabaran baik yang dinantikan rakyat.-Bharian


Sumber:Bharian


Blog authors

No comments