[Perkeso] PROGRAM SIP PRIHATIN Yb Datuk Seri M. Saravanan (Menteri Sumber Manusia) menyatakan kerajaan memandang serius akan kesan ekonomi terhadap majikan dan pekerja akibat penularan wabak COVID19, oleh itu program ini di perkenalkan dalam pakej rangsangan ekonomi 2020 dan 2021.
SIP adalah bantuan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam bentuk feadah kewangan semantara dan perkhidmatan pekerjaan, termasuk elaun mencari pekerjaan yang di bayar kepada pencarum pada kadar menurun dalam tempoh selama 6 bulan bermula 80% daripada gaji anggapan hingga ke 30%, Perkeso juga menyediakan Program penempatan pekerjaan kepada semua pencari kerja.
Maklumat am yang perlu anda tahu
* Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan [Seksyen 28, ASIP]. Kelewatan dalam menghantar permohonan ini akan menyebabkan tuntutan faedah tidak dapat diproses.
* Sila semak dan simpan slip permohonan setelah permohonan dihantar.
* Dokumen asal mestilah dibawa bersama semasa perjumpaan dengan pegawai PERKESO.
* Sebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau mengunjungi Pejabat PERKESO yang berhampiran.
Dokumen yang diperlukan
1 Permohonan yang lengkap akan dibuat pengesahan oleh pegawai PERKESO. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
2 Salinan dokumen utama hendaklah dilampirkan bersama dengan permohonan ini.
3 Salinan kad pengenalan
4 Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya)
5 Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)
6 Salinan akaun bank
Dokumen sokongan
1 Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.)
2 Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak
3 Lain-lain:nyatakan (dokumen berkaitan dengan kes)
Permohonan- BANTUAN KEWANGAN/ELAUN
sumber:Perkeso